Saturday 24 November 2012

susu unta




cerita dari seorang kawan tentang susu unta Susu unta merupakan salah satu minuman yang sangat popular di Arab Saudi memandangkan unta terlalu banyak di sini.Kebiasaannya susu unta boleh didapati di tepi jalan dan ladang-ladang unta yang berhampiran dengan bandar dan sekitar kampung.
Harga yang berpatutan dan murah menyebabkan susu unta menjadi kegemaran penduduk A
rab Saudi.Harga

yang ditawarkan sekitar Sr15,Sr20 dan Sr25 mudah didapati dan diperolehi oleh penggemarnya.

Baru-baru ini,aku telah ke Kota Makkah dan sempat singgah di ladang ternakan unta untuk menikmati kelazatan susu unta.Inilah pertama kali aku merasainya semenjak 3 tahun di sini.Memang enak dan lazat jika nak dibandingkan dengan susu lembu dan kambing yang sedikit berbau.

Setahu akulah,ladang tersebut sangat masyhur dikalangan jemaah haji dari seluruh dunia kerana berdekatan dengan laluan utama ke Kota Makkah.

Di sini aku sertakan sedikit maklumat mengenai susu unta yang aku dapati dibeberapa laman web untuk tatapan pembaca.

DUBAI, KOMPAS.com — Susu unta sangat bergizi berbanding dengan susu lembu kerana rendah lemak dan kolesterol,lebih kaya dengan potasium, zat besi, dan mineral seperti sodium dan magnesium.

Hal ini dinyatakan pada satu pemebntangan kertas kerja pada Konferensi Ke-5 Keselamatan Makanan Internasional di Dubai yang diadakan pada 22-25 Februari di Dubai International Convention and Exhibition Center.

Unta adalah sangat penting dalam tradisi dan kebudayaan Arab dan susunya adalah komponen makanan penting di Emirat dan negara lain Arab.

Kertas Kerja bertajuk Standards for Camel Milk dibentangkan oleh Fatima Abdul Rahman, pemimpin Ahli Mikrobiologi Makanan di Laboratorium Pusat Dubai,United Emirat Arab (UAE).

“Hari ini, susu unta sangat penting bagi kehidupan manusia di beberapa negara lain,” kata Fatima semasa pembentangannya.

Fatima mengatakan, susu unta biasanya memiliki rasa manis dan tajam, tetapi kadang kala susu itu terasa masin dan pada saat lain terasa berair.

“Kualiti susu dipengaruhi oleh jumlah anak unta, usia haiwan tersebut, kadar haiwan itu menyusui anak, kualiti dan jumlah makanan, serta jumlah air yang disediakan,” katanya.

“Sebagian protein itu terdapat pada susu lembu,jikalau adapun hanya sedikit sahaja. Susu unta tidak perlu dimasak sehingga mendidih seperti susu lembu atau kambing. Susu unta yang enak rasanya harus diminum secara perlahan untuk memungkinkan perut mencernanya,” kata Fatima.

Beliau mangatakan beberapa kajian telah dilakukan terhadap komposisi susu unta. “Semua kajian tersebut menunjukkan bahwa kandungan lemak per unit susu unta ialah 1.8%-3.8% mengandungi Vitamin C dan niacin jauh lebih tinggi pada susu unta. Kandungan vitamin dan protein berbeza pada susu unta. Namun, jumlah laktosa pada susu unta sama dengan laktosa pada susu lembu. Susu unta mengandungi lebih sedikit vitamin A, B2, folic acid, dan panthonthenic acid dibandingkan dengan pada susu lembu,” kata Fatima.

Inilah serba ringkas tentang susu unta yang dapat saya berikan call 0192251096
susu unta rm 30 ...baik utk mengurangkan kandungan gula dlm bdn...utk masalah usus ..asma...kaya dgn vitamin c...masalah hati....

No comments:

Post a Comment